Wednesday, October 30, 2019

“Saya perlu berikan kamu pelukan, minta maaf!” Kucing oren rasa geram melihat rakannya yang gebu lalu terus menerkam manja dari belakang

Tiada yang lebih indah dan terus menggelikan hati anda selain daripada melihat keletah kucing peliharaan. Jika seorang pemilik memelihara beberapa ekor kucing, keletah mereka yang pelbagai akan menceriakan suasana walaupun dilanda hari muram. Adegan khas ini berjaya dirakamkan oleh seorang netizen yang berasa geli hati melihat keletah dua ekor kucingnya yang comel dan menceriakan kehidupan. Kelihatan dalam paparan gambar, dua ekor kucing peliharaan sedang leka bermain. Seekor kucing putih gebu sedang bermain tali kegemarannya di atas permaidani dan seekor kucing oren memerhatikannya dengan rasa geram dari arah belakang.
Bukan rasa geram kerana iri hati, tetapi kerana rasa geram mahu memeluknya dengan rasa kasih sayang disebabkan bulu putihnya yang begitu gebu dan rupanya montel pula. Bukan manusia sahaja yang berasa geram melihat kucing gebu ya!
Kaki-kaki pendek yang berasa tidak tertahan untuk melompat lalu menerkam manja dan terus mahu memeluk erat. Tidak sabar rasanya untuk melepas geram. Begini gayanya aksi terjahan manja itu, secara senyap, pantas dan tanpa sedar untuk memberi kejutan kasih sayang.
“Peluk rakan kesayangan saya erat-erat, dan cium kepalanya dengan rasa penuh kasih sayang.” Katakan kepadanya, “Sayangnya saya kepada kamu!” Dan rakan yang disayangi itu tidak berasa rimas atau melawan, bertenang serta biarkan sahaja si kucing oren itu meluahkan rasa kasih dan sayangnya.
Si kucing putih itu mengatakan kepadanya sebagai balasan, “Saya sayang kamu juga!” sambil duduk diam dan tenang di situ. Bukti kucing-kucing peliharaan juga rupanya pandai meniru aksi drama yang mempertontonkan adegan ‘Back Hug’ pasangan kekasih. Comel! Source : Nepalivibes
Next Page
1 2 3

No comments:

Post a Comment