Wednesday, October 30, 2019

Hotel berbentuk gitar pertama dunia dibuka di Florida. Bangunan urban yang mengagumkan

Hotel berbentuk gitar yang pertama di dunia telah dilancarkan pada minggu lalu dengan majlis pembukaan yang begitu gah selain dihadiri oleh ramai selebriti Hollywood seperti Khloe Kardashian, Morgan Freeman dan Johnny Depp. Hotel unik setinggi 36 tingkat itu memiliki ciri ruangan yang sangat luas dan pelbagai kemudahan seperti lantai kasino untuk 7,000 kerusi, 1,200 bilik hotel serta lebih 3,000 mesin judi dan permainan lain untuk dinikmati oleh pelanggannya.
Projek mega Seminole Hard Rock Hotel & Casino yang dibina di Florida ini dikatakan menelan belanja mencecah RM8.07 bilion! Memetik kenyataan daripada pengerusi Seminole di Florida iaitu Marcellus Osceola: “Kami sangat bersyukur kerana berada dalam kedudukan di mana kami boleh menyediakan kebajikan am serta bantuan dan pertolongan yang diperlukan oleh suku kaum kami”.
Tambahnya lagi, “Duit yang kami peroleh akan memudahkan lagi kehidupan ahli-ahli kami ketika mereka mengalami isu penjagaan kesihatan atau jika mereka ingin membeli kereta baharu bagi memudahkan pergerakan mereka sekeluarga”.
Tapak asal pembinaan Hotel Gitar ini merupakan kawasan suku kaum Asli Amerika. Ia kemudian dibangunkan menjadi taman treler (kawasan untuk kemudahan khusus di mana treler-treler akan diletakkan di kawasan itu bagi tujuan rekreasi atau dijadikan sebagai rumah tetap) dan kedai rokok. Pada tahun 1988, kaum Seminole dan beberapa suku Asli lain berjaya memenangi kes perundangan di mana mereka mempunyai hak untuk mengekalkan kewujudan kasino di negara itu. Kini, puak ini dikatakan menjadi salah satu bangsa di Amerika Syarikat yang paling berjaya terutamanya di dalam bidang perniagaan.
Selain daripada bentuknya yang unik, hotel ini juga mempunyai pentas dan auditorium yang besar di mana ramai artis terkemuka dunia akan membuat persembahan sekali gus membolehkan para pelanggan hotel menikmati keseronokan seperti berada di konsert! Maroon 5, Sting dan juga Billy Joel antara yang tersenarai untuk mengadakan persembahan epik di pentas Hotel Gitar ini. Pada masa yang sama, pelanggan juga berpeluang untuk menikmati kemudahan mewah lain di hotel ini seperti kolam renang dan lagun gergasi, pusat membeli-belah serta restoran!
Menjelang waktu malam pula, hotel ini akan diterangi dengan kilauan cahaya lampu neon yang akan bertukar-tukar warna sekali gus menjadikan bangunan ini satu senibina yang cukup memukau ramai.
Pasti ramai yang tertanya-tanya kadar yang dikenalan bagi penginapan di hotel urban ini bukan? Untuk bilik Deluxe King/Queen tanpa pemandangan kolam, harga bagi satu malam bermula serendah RM1,016 sehingga RM2,791 bergantung kepada tarikh yang anda tetapkan. Turut diingatkan bahawa tetamu akan dikenakan caj resort sebanyak RM135 sehari. Bayangkan berapa banyak wang ringgit yang perlu anda laburkan untuk menginap di hotel serba mewah ini. Sememangnya sebuah hotel yang memiliki daya tarikan tersendiri sesuai dengan namanya, Hotel Gitar… Source : Nepalivibes
Next Page
1 2 3

No comments:

Post a Comment