Monday, October 28, 2019

Persembahan koir remaja luar negara tetapi lagunya ‘Wau Bulan’, aksi dikir barat buat warga Malaysia berasa bangga dan ‘wow’

Kita sebagai rakyat Malaysia semestinya kena mengenali dan tahu bahawa seni persembahan Dikir Barat itu berasal dari Kelantan, tetapi masyarakat luar negara kurang arif dan tahu. Persembahan dikir barat yang meriah dengan tukang karut sebagai ketua diikuti oleh awak-awak yang menurut pantun nasihat dan lawak jenaka spontan yang dinyanyikannya, bersama iringan muzik gendang dan gong tradisional dari negeri Kelantan. Maka apabila satu persembahan koir luar negara yang menampilkan lagu popular dikir barat ‘Wau Bulan’ berkumandang, mereka yang biasa mendengarnya akan serta merta berasa meremang bulu roma dan bangga.
Persembahan dikir barat oleh kumpulan koir luar negara dari Belgium, Vocaal Ensemble Caloroso cukup menarik perhatian terutama di kalangan warga Malaysia yang berasa kagum apabila terdapat masyarakat luar negara sanggup mempelajari seni persembahan dikir barat demi menampilkan kelainan dalam persembahan koir mereka.
Dalam persembahan koir kontemporari tersebut, kumpulan remaja ini menyanyikan lagu rakyat popular dari Kelantan, “Wau Bulan” siap berserta dengan loghat Kelantannya sekali dan gerak tari yang biasa dilakukan oleh awak-awak dikir barat.
Walaupun persembahan ini hanya persembahan koir dan bukan persembahan dikir barat sebenar yang lengkap dengan iringan muzik dan pakaian tradisional dari Kelantan, tetapi ia sudah cukup untuk membuat orang lain yang tidak pernah mendengarnya berasa terpanggil untuk mengambil tahu mengenai asal-usul lagu dan seni persembahan tradisional ini.
Sekaligus membuat warga Malaysia berasa kagum dan bangga kerana terdapat kalangan warga luar negara yang mengambil inisiatif untuk mempelajari kebudayaan dan bahasa negara ini serta mahu menghargainya.
Dan secara tidak langsung ia turut mampu mempromosikan kepelbagaian dan kekayaan kebudayaan yang terdapat di negara tercinta kita, Malaysia. Tonton rakaman video persembahan koir lain daripada yang lain ini di bawah :
Source : Nepalivibes
Next Page
1 2 3

No comments:

Post a Comment