Monday, October 28, 2019

Memaksa beberapa orang pelajar memuatkan ruang di ‘boot’ belakang kereta, tindakan wanita ini undang kebimbangan ramai

KUALA LUMPUR – Beberapa pelajar sekolah rendah dilihat dipaksa untuk masuk ke bahagian belakang kereta Alza berwarna putih. Babak membimbangkan tersebut telah dirakam dan dimuat naik di laman Facebook. Video yang berdurasi selama satu minit 25 saat tersebut kemudian telah menjadi tular di media sosial.
Di dalam video yang telah ditonton lebih 157 ribu tontonan itu jelas menunjukkan seorang wanita cuba memuatkan beberapa orang pelajar lelaki di bahagian belakang kereta Alza tersebut. Pada masa itu keretanya sudah dipenuhi dengan pelajar lain sehingga dia memilih untuk ‘meletakkan’ beberapa orang pelajar lain di bahagian belakang.
Apa yang berlaku adalah sesuatu yang sangat tidak wajar. Perbuatan tersebut bukan sahaja menyalahi undang-undang malah boleh membahayakan nyawa pelajar yang berada di ruang belakang kereta. Keadaan kereta ketika dipandu pastinya tidak seimbang dan menyukarkan kereta bergerak lancar. Bayangkan pula jika salah satu daripada pintu kereta terbuka akibat muatan yang berlebihan itu, pastinya akan berlaku kemalangan!
Ramai netizen yang mengecam tindakan wanita itu sebagai sesuatu yang sangat berbahaya. Wanita tersebut tidak seharusnya melakukan perkara tersebut dan perlu lebih memikirkan keselamatan para pelajar. Perkara tersebut juga telah mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau turut menggesa masyarakat yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut tampil memberikan kerjasama supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan.
Source : Nepalivibes
Next Page
1 2 3

No comments:

Post a Comment