Tiada siapa dapat menafikan bahawa anjing peliharaan itu teman setia buat pemiliknya sehingga akhir hayat.
Kesetiaan dan kasih sayang seekor anjing peliharaan jelas dapat diperlihatkan walaupun haiwan ini tidak mampu berkata-kata untuk meluahkan perasaannya.
Seekor anjing berwarna hitam yang setia baru-baru ini telah menyentuh hati jutaan netizen apabila dia turut berkabung serta terus bersedih dengan kematian pemiliknya dalam satu upacara perkabungan dan pengebumian seorang warga emas.
Satu rakaman video menjadi tular di Facebook menunjukkan seekor anjing hitam dengan memakai kain kuning dileher sedang duduk di sebelah keranda mendiang pemiliknya dan tahu apa yang sedang berlaku kerana dia juga turut berkabung menangisi kematian pemiliknya.
Apa yang menyentuh jiwa kalangan ahli keluarga dan penziarah serta seluruh netizen yang menonton video ini ialah bagaimana anjing itu begitu patah hati mengenang waktu dia bermain dan bermanja bersama tuannya kini sudah tiada lagi.
Kesedihan yang teramat sangat sehingga kelihatan anjing hitam ini berterusan menggigil dengan mulutnya terbuka dan dia juga turut mengalirkan air matanya sehingga terpaksa ditenangkan oleh salah seorang ahli keluarga mendiang pemilik.
Insiden anjing setia sangat bersedih ini dilaporkan berlaku di Vietnam ketika pemilik anjing ini, seorang nenek telah meninggal dunia akibat sakit tua.
Bukti bahawa walaupun seekor anjing tidak dapat mengeluarkan suara untuk meluahkan perasaan sedih dengan raungan tangisan, tetapi riak wajah serta reaksinya menyedari situasi sudah cukup mampu membuat semua orang berasa terkesan untuk turut merasai kesedihan yang sedang dialaminya.
Tonton rakaman video menyentuh hati ini di bawah :
Source : Nepalivibes
Source : Nepalivibes






No comments:
Post a Comment