Tuesday, October 29, 2019

Burung ini boleh menghasilkan bunyi paling kuat di dunia, lebih kuat dari bunyi mesin gerudi! Menakjubkan!

Haiwan mempunyai pelbagai cara tersendiri untuk menarik perhatian pasangannya. Ada antaranya yang menggunakan kecantikan dan keindahan sayap, ada yang menggunakan kemampuan fizikal dan sebagainya. Walau bagaimanapun, salah satu spesies burung yang lazimnya ditemui di hutan Amazon, burung bell putih (white bellbirds), menggunakan teknik lontaran suara yang sangat kuat untuk menarik perhatian burung bell putih betina.
Kekuatan lontaran suara burung ini dikatakan sangat tinggi sehinggakan spesies ini dikatakan sebagai burung yang menghasilkan bunyi yang paling kuat di dunia. Menurut satu kajian yang dilaporkan dalam Current Biology, para penyelidik mendapati bahawa burung bell putih jantan boleh menghasilkan bunyi yang paling kuat sehingga kira-kira 125 desibel. Bacaan ini adalah bacaan yang paling hampir dengan jumlah desibel bagi konsert rock di barisan paling hadapan. Bukan itu sahaja, bacaan ini juga dilaporkan berjaya mengatasi rekod sebelum ini, milik burung Piha, dengan 9 desibel lebih tinggi. Burung bell putih jantan dipercayai menggunakan lontaran bunyi yang kuat untuk menarik perhatian dan mengesan burung bell putih betina di hutan tebal, tempat tinggal mereka.
Seperti video yang ditunjukkan, burung bell putih jantan berselang-seli menghasilkan dua jenis nada. Walaupun salah satu nada yang dihasilkan kedengaran agak lembut, namun sebenarnya bunyi yang dihasilkan boleh mencapai bacaan 117 desibel, iaitu lebih tinggi dari bacaan bunyi yang dihasilkan oleh kebanyakan mesin gerudi. Mengikut kajian, burung bell putih jantan langsung tidak berasa malu dengan kemampuan mereka menghasilkan bunyi yang sangat kuat. Malah, apabila burung bell putih betina mula mendekati mereka, maka burung bell putih jantanpun akan mula menghasilkan bunyi yang lebih kuat antara dua nada yang dimiliki dan dalam masa yang sama mula mendekati burung betina tersebut.
Walau bagaimanapun, kerana bunyi yang terlalu kuat, terdapat burung bell putih betina yang agak terkejut dan menjauhkan diri sedikit, tetapi mereka masih berada dalam jarak yang terkawal, iaitu jarak yang cukup untuk memerhatikan ‘persembahan’ burung bell putih jantan. Source : Nepalivibes
Next Page
1 2 3

No comments:

Post a Comment