Manusia tidak kira peringkat umur pun sebenarnya mempunyai sisi kreatif dalam diri yang tersendiri, apatah lagi kanak-kanak yang lazimnya menggunakan kreativiti mereka bagi melahirkan pelbagai idea dan imaginasi mereka.
Baru-baru ini, tular satu keping gambar hasil lukisan oleh seorang kanak-kanak dimuat naik oleh akaun Facebook Viral Terkini, di mana gambar tersebut pasti memberikan satu pemahaman yang berbeza mengikut individu yang melihatnya.
Lukisan tersebut sebenarnya dilukis oleh seorang murid di sebuah sekolah yang tidak didedahkan identitinya. Lukisan itu kemudian dilihat oleh seorang gurunya lantas guru berkenaan menyangka bahawa anak muridnya itu mengalami tekanan perasaan.
Mana tidaknya, siapa yang melihat hasil lukisan itu pun pasti keliru dengan apa yang cuba disampaikan oleh murid terbabit menerusi lukisannya.
Namun, mujurlah ia tidak seperti yang disangka. Apabila ditanya, murid terbabit mendedahkan bahawa lukisan itu sebenarnya menggambarkan diri dan keluarganya yang sedang ber’snorkeling’ ketika bercuti. Lucu betul!
Lukisan berkenaan walau bagaimanapun telah menerima lebih 12,000 reaksi daripada warga Facebook dan telah dikongsikan sebanyak 5,800 kali. “Kepala orang tu ada bunga”, kongsi seorang pengguna yang bertanyakan anaknya berusia 5 tahun berkenaan dengan lukisan tersebut.
Apa-apa pun, tindakan guru tersebut yang peka akan apa yang cuba disampaikan oleh anak muridnya itu harus dipuji.
Bayangkanlah jika seseorang murid itu benar-benar mengalami depresi, pasti ia dapat dikesan dan ditangani segera di peringkat awal, bukan?
Source : Nepalivibes




No comments:
Post a Comment