Boleh dikatakna kesemua kucing tidak suka dimandikan. Pemilik kucing pasti tahu betapa sukarnya untuk memandikan kucing. Pasti ada yang dicakar oleh kucing semasa memandikannya.
Tetapi terdapat seekor kucing di Jepun yang suka mandi. Tiada masalah untuk memandikan kucing yang diberi nama Baron ini. Namun, ada caranya untuk memujuk kucing yang berusia 3 tahun ini mandi.
Tab mandi perlu diletakkan itik mainan, bukan satu tetapi seluruh tab mandi dipenuhi dengan itik mainan. Lihatlah si comel ini ketika mandi, di atas kepalanya turut ada itik mainan:
Setiap kali mandi, Baron perlu ditemani oleh puluhan itik mainan kegemarannya. Lihatlah video ini, Baron kelihatan sangat tenang berada di dalam tab mandi:
Ternyata, kucing boleh menjadi terapi emosi yang sangat baik untuk manusia adalah tepat sekali. Lihatlah gambar si comel ini:
Baron duduk diam di dalam tab mandi, tidak memberontak untuk lari keuar:
Mungkin selepas ini pemilik kucing boleh cuba untuk menggunakan cara ini untuk memujuk kucing masing-masing mandi. Source : Nepalivibes

No comments:
Post a Comment